Program Motivasi Sentuhan Hati Srikandi Sejati PPIM Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022

Program Motivasi Sentuhan Hati Srikandi Sejati PPIM Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022.


Tarikh : 1 Disember 2022

Tempat : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut


Alhamdulillah, selesai semalam Program Motivasi Sentuhan Hati Srikandi Sejati PPIM. Merangkap tamatlah aktiviti-aktiviti PPIM Perhubungan Jerantut untuk sesi 2022/2023..Syukur ke hadrat Illahi dikurniakan sahabat-sahabat AJK yang sangat bersemangat dan sentiasa ringan tulang saling membantu antara satu sama lain. Moga segala usaha dan program yang kita sama-sama rancangkan untuk anak-anak puteri kita dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya..

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah :

1. Ceramah motivasi

2. Forum Motivasi

3. Pertandingan Busana Anggun (sekolah menengah)

4. Pertandingan Jemari Kreatif (sekolah rendah)

5. Pameran dan gerai jualan


Gambar kenang-kenangan selesai Majlis Penutup Program Motivasi Sentuhan Hati Srikandi Sejati.


Memang kreatif sungguh adik-adik ni!


Pertandingan Busana Anggun untuk anak-anak puteri sekolah menengah dengan tema pakaian untuk makan malam, 'Black & Gold'.


Antara pameran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Banyak pendedahan program-program di bawah Unit Kaunseling JKM.


Pameran dari Klinik Kesihatan Jerantut. Macam-macam poster kesihatan ada kat sini.


Sesi Ceramah Motivasi dari Dr  Zuraimay bin Zainudin.


Sesi Forum Motivasi : "Cinta Sebelum Nikah, Madu atau Hempedu". Hebat-hebat ahli panel, moderator pun bukan calang-calang..tetap dan berpencen dah moderator kita ni😄






Previous Post Next Post