Pensijilan Quizizz Certified Game Changer

 


Alhamdulillah..setelah teracun dengan rakan-rakan di Akademi Youtuber, kita usaha untuk tambah ilmu lagi. Jom sama-sama dapatkan pengiktirafan Quizizz Certified Game Changer!

Apa yang menarik tentang Quizizz?

    Quzizz adalah salah satu aplikasi yang sangat popular dalam kalangan guru-guru, khususnya apabila bermulanya sesi PDPR sewaktu PKP diperkenalkan dahulu. Ia juga termasuk dalam aplikasi yang disediakan di portal Delima. Bagi saya, Quizizz dapat menarik perhatian pelajar semasa PdPc baik sewaktu di dalam kelas secara bersemuka atau secara atas talian semasa PDPR. Quizizz membolehkan pelajar-pelajar menjawab soalan dalam bentuk kuiz dengan paparan yang menarik dan tidak membosankan. Selain itu, para guru juga boleh menilai kefahaman pelajar berdasarkan markah dan pencapaian pelajar selepas menjawab soalan kuiz.

Anda berminat?

Ikuti langkah-langkah mudah melalui perkongsian Chekgu LK di blognya. Klik di sini.

Previous Post Next Post