Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 


INTI PATI SIDANG MEDIA MENTERI PENDIDIKAN

🔹 Kementerian Pendidikan akan aktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi sumbang idea, tambah baik pendidikan negara 

🔹 Kementerian Pendidikan tumpu tujuh fokus utama termasuk isu keciciran pembelajaran, kebajikan guru dan naik taraf sekolah daif 

🔹 Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)  seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996 diaktifkan semula

🔹 Hasrat untuk melihat murid ceria, sekolah bitara dan negara sejahtera

🔹 Kementerian mahu menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus

🔹 KPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti

🔹 Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40

🔹 Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi

🔹 Fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampian pendidikan

🔹 Memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak

🔹 Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah

- Fadhlina Sidek

Kredit to : https://t.me/pendidik2u


Previous Post Next Post