Pengiktirafan EDPUZZLE COACH 2022-2023!





Alhamdulillah...berjaya menyelesaikan modul yang disediakan untuk menyertai komuniti EDPUZZLE seterusnya mendapatkan pengiktirafan EDPUZZLE COACH 2022-2023. Sebaik sahaja selesai modul, anda akan mendapat sijil serta badge yang disediakan khas oleh EDPUZZLE!

    Saya mula mengenali EDPUZZLE ini sewaktu PKP mula-mula diperkenalkan dulu. Ketika itu semua sesi pdpc dilaksanakan dari rumah atau PDPR. Aplikasi EDPUZZLE ini sangat menarik kerana setiap video yang kita kongsikan kepada pelajar dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kita juga dapat menilai sejauh mana kefahaman pelajar ketika menonton video pdpc yang kita kongsikan. 

Anda berminat untuk menyertai komuniti EDPUZZLE COACH? Mudah saja! Ikuti perkongsian lanjut dari rakan Akademi Youtuber (AYU) saya, Chekgu LK dan Cikgu LinnZack di link di bawah.

https://www.chekgulk.com/2023/01/dapatkan-pengiktirafan-edpuzzle-coach.html?m=1

https://www.cikgulinnzack.com/2023/01/edpuzzle-turning-video-into-dynamic-and.html


2 Comments

Previous Post Next Post