Pelancaran Tabung Infaq ABC SMK PPP Tun Razak

 



Alhamdulillah...selesai pagi tadi pelancaran Tabung Infaq ABC SMK PPP Tun Razak. 

Apa itu tabung infaq ABC?

    Tabung ini adalah cetusan idea Tuan Pegawai PPD Jerantut, En Nazli bin Mahmud sewaktu perjumpaan beliau bersama guru-guru SPM SMK PPP Tun Razak pada hari rabu lalu, 11 Januari 2023. Dalam ucapannya, Tuan PPD mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan satu tabung khas untuk kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak di sekolah kita, khususnya anak-anak pelajar yang akan menghadapi SPM tidak lama lagi.

    ABC adalah singkatan kepada Anak yang Baik lagi Cerdik adalah 'tagline' dan matlamat semua guru dalam  mendidik anak-anak di sekolah. Antara nasihat dan amanat beliau juga kepada para guru ialah agar para guru berusaha sedaya upaya, sehabis baik untuk anak-anak pelajar SPM ini, kerana inilah jalannya untuk kita menuju ke syurga dengan membimbing para pelajar mencapai kejayaan. Sehubungan itu, tabung ini adalah salah satu usaha dan ikhtiar dari para guru dan warga sekolah untuk sama-sama berinfaq dan berniat agar infaq yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah.

    Semoga Allah membukakan hati dan mempermudah urusan anak-anak SPM kami menempuh saat-saat akhir menjelang Peperiksaan SPM pada 20 Februari 2023 nanti.












Previous Post Next Post