Majlis Graduasi SMK PPP Tun Razak SPM 2022

Majlis Graduasi SMK PPP Tun Razak SPM 2022 



Alhamdulillah, selesai Majlis Graduasi SPM 2022. Majlis yang diadakan khas buat 107 orang calon SPM 2022 SMK PPP Tun Razak diadakan dengan penuh gilang gemilang di Dewan Tekam Bestari SMK PPP Tun Razak pada hari Jumaat, 27 Januari 2023. Majlis yang indah dan bermakna ini dirasmikan oleh YDP PIBG SMK PPP Tun Razak, En. Mohd Noruddin bin Yusof dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Anugerah Tokoh Akademik : Che Wan Ezzad Erfan bin Che Wan Mohd 'Asri
Anugerah Tokoh Kokurikulum : Nur Alyaa Dianza binti Aripin
Anugerah Tokoh Sahsiah : Abdurrafiq bin Zakaria
Anugerah Khas Pengetua : Che Wan Ezzad Erfan bin Che Wan Mohd 'Asri

Tahniah buat semua anak-anak hebat!

Semoga anak-anak calon SPM 2022 dapat meneruskan kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang kalian ceburi. Doa dan restu dari kami para guru sentiasa mengiringi kalian. Moga cemerlang dunia dan akhirat.
Previous Post Next Post