Penghargaan bermakna dari AYU

PENGHARGAAN BERMAKNA DARI AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA (AYU)







Alhamdulillah....tiada ungkapan yang selayaknya melainkan syukur tak terhingga ke hadrat Illahi atas nikmat dan anugerah yang diberikanNya. Berbekalkan semangat dan minat yang tinggi untuk mendalami ilmu pendidikan digital, khususnya penghasilan video di youtube, saya bersama sahabat-sahabat dalam Akademi Youtuber akhirnya berjaya melengkapkan kesemua cabaran dan tugasan yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan AYU. Jutaan terima kasih tak terhingga buat YM Suffi , Yu Zuly dan semua jurulatih utama yang sentiasa bersemangat dan tidak lokek mencurahkan ilmu kepada kami. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.

#kitabantukita
#sukarelawanAYU
#bermulapercumaselamanyapercuma
#sendiriankitabiasabersamajadiluarbiasa


Previous Post Next Post